Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Rombongan Kementerian Pembangunan Meneruskan Majlis Maulud Dikir di Masjid Kampung Kilanas

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya​

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 03 September - Seramai lebih kurang 55 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah menghadiri Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam bagi Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Masjid Kampung Kilanas.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini melambangkan kecintaan umat Islam terhadap junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam, di samping menjadi landasan untuk mempererat ukhuwah serta menghayati nilai-nilai murni yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

WhatsApp Image 2025-09-04 at 6.49.52 AM (2).jpeg

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan hadir selaku ketua rombongan Kementerian Pembangunan.

 

Kehadiran Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta warga Kementerian Pembangunan mencerminkan komitmen Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dalam mendukung serta menyemarakkan syiar Islam di negara ini, di samping memperkukuhkan nilai keagamaan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

WhatsApp Image 2025-09-04 at 6.49.52 AM.jpeg 

WhatsApp Image 2025-09-04 at 6.49.53 AM.jpeg

WhatsApp Image 2025-09-04 at 6.49.51 AM (1).jpeg

WhatsApp Image 2025-09-04 at 6.49.51 AM.jpeg

GAMBAR ramai rombongan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas

Attachments